Assalamualaikum.
Someone shared this on FB few days ago. Hari ni baru I rasa macam nak tulis pasal ni. I'm not going to name who the person was. Sebab orang ni memang rapat dengan I. Cuma kali ni, I minta maaf I tak dapat nak setuju dengan dia pasal ni.
I ambik I sebagai contoh ya. I takmau cakap pasal orang lain. And please bear in mind, I bukan nak riak apa lagi nak membangga diri. Ini hanya perkongsian untuk renungan kita bersama.
Anak demam nak pergi klinik suruh suami teman?
I pernah ada dalam situasi ini. Ini bukan cerita tak boleh berdikari. To me this is gender equality. Kenapa tugas penjagaan anak hanya pada ibu seorang? Tak cukup ibu yang bertarung nyawa melahirkan? Tak cukup ibu jugak pi kerja untuk sama-sama memperbaiki kehidupan family tu? Kenapa nak persoal kalau bapak teman pi klinik bawa anak? And I tak rasa penggunaan ayat "teman" tu betul. Bapak tak teman ya. Itu tanggungjawab. Kalau pi benda seronok-seronok macam tengok wayang, dipanggil "teman" jugak tak? I rasa dipanggil "pergi sekali" kot. Sebab dua-dua pun enjoy benda tu. But dalam case nak bawak anak demam pi klinik ni you call it as "teman"? Itu bapak ya, bukan jiran sebelah rumah. I pernah Noah batuk-batuk and I bawa Noah pi sendiri. It's quite a struggle considering that Noah was still breastfeeding at that time & was crying all the way to the clinic. I have to park the car & feed him. By the time he was full, hujan pulak turun. I cannot redah masuk klinik jugak and risking my son's health. Payah ok? But I tak complain. Sebab I faham masa tu I was available. Hubs kerja. No problem, I can do it myself. Then lagi Noah demam. Masa tu kat rumah Mak. And mak teman I. Ha ni baru betul teman. Sebab Mak takmau pi pun boleh. Tapi sebab Mak kesian I kena handle Noah sorang-sorang. I tak ajak pun Mak pi sekali. Again, Hubs kerja. I pun kerja hari tu but I took some off time balik awal sebab Noah's temp was sky high. Kalau tak independent, I dah minta Hubs balik awal jugak. Then again Noah had a fever. Masa ni, Hubs pun pi klinik sekali because he took some time off jugak balik awal. Which I tak suruh pun. Dia sendiri yang ambik. Sebab atas dasar tanggungjawab dia. Bukan sebab dia nak teman I. I still tak boleh terima perkataan teman tu. Hellloooo we are living in the 21st century. Kalau anda pasangan yang bekerja, automatic tanggungjawab dalam family tu terbahagi dua. But of course kita masih berlandaskan agama. Hawa dijadikan dari tulang rusuk Adam, bukannya dari atas kepala kerana tempat dia bukan di atas kepala suami dan juga bukan dari bawah kaki kerana bukan tempat dia untuk dipijak. Tapi dari tulang rusuk untuk dilindungi. There. Simple. So para suami, think about it. Nak jaga anak ni tugas bini hangpa saja ka? Time buat anak sama-sama, time jaga anak bini sorang? Pardon my bluntness.
Check up pregnant pun nak suami teman?
Woww...Bukan I tak boleh pi sendiri. Boleh haih. I ada kereta, I ada kemampuan untuk pergi sendiri. Tapi Hubs ikut jugak I pi sekali because "we are pregnant" bukan I saja. Faham tak ayat tu? Kalau omputih, depa tak announce kat orang "ooo my wife is pregnant". Tapi depa akan kata "ooo we are pregnant now". Sebab mengandung adalah hasil daripada dua individu. Tapi kenapa bila nak pi check up contohnya, hanya satu individu saja yang kena pi buat? Because she is the one carrying the nausea, the dizziness, the giddiness, the bloating, the hurt burn, the water retention, the back ache, the everything about pregnancy and your baby? Fair ka macam tu? And untuk case yang macam I ni, almost 4 tahun tunggu yang satu ni. Apa salahnya Hubs tunjuk his moral support? Ok kali ni I setuju dengan penggunaan perkataan teman tu. Teman as a moral support. The least your husband can do for you when you are pregnant ialah pi check up dengan you. Dia memang tak bawak perut 9 bulan, dia memang tak rasa loya yang you rasa, dia memang tak rasa sakit ulu hati yang you rasa, dia tak rasa the hormones rollercoaster macam you rasa, dia tak rasa tak cukup nafas bila jalan lebih sikit macam you rasa, so apa salahnya dia rasa tunggu sejam lebih dekat clinic dengan you? Ok kalau dia memang kerja and tak boleh pi check up dengan you then tak pa aih...no one will judge. Tapi kalau ada kesempatan tu, ikut la sekali. Dalam semua-semua yang tak syok pasal pregnancy tu, bagi la ada sikit manis dia rasa. Alhamdulillah I happy sangat sepanjang I prengant, Hubs memang TEMAN I pi check up. At least dia pun tau what's going on with the pregnancy. So para suami, dalam hal pregnancy ni nothing much you can help actually, but the least you can do is you can make your wife happy & ease her burden going through the pregnancy and not let her feel all alone.
I akui ada orang yang tak kisah pun pi sendiri untuk kedua-dua senario di atas. Yes I pun tak kisah pergi sendiri. Memang boleh sangat buat benda semua sendiri. Tapi kalau kita boleh dapat kedua-dua orang punya involvement, ada kesempatan untuk kedua-dua orang pi, pi lah.
Tapi jangan pernah kita nak menilai baik wanita yang semua benda pun buat sorang-sorang atau wanita yang kalau boleh nak suami pun sama terlibat. Siapa kita untuk menilai kehidupan orang lain? Tidak ada yang salah dan tidak ada yang sentiasa betul.
Sekian leteran di petang Jemahat.
No comments:
Post a Comment