Thursday, 14 January 2016

Tergolek.

Assalamualaikum..

Ya ya I tau I dah tabur janji manis minggu lepas nak cerita apa jadi kat Noah Isnin minggu lepas. Bukan Isnin minggu ni ya. Uols kena biasakan diri cerita kat sini memang lambat seminggu atau sebulan. Kahkah.

Noah jatuh katil. Yes you read it right. Jatuh katil tergolek berdarah hidung dan mulut. Hmmm...

Kisahnya balik dari rumah Mak masa tu I mandi terus. Hubs tolong tidurkan Noah. Masa tu atas katil kami. Pastu lepas I mandi tengok dia belum lagi tidur..so I teruskan buat kerja kat dapur buat food Noah. Tengah buat-buat tu I dengar baby nangis. Ish takkan Noah nangis kuat macam ni. Dia bukan jenis nangis jerit-jerit. Nangis-nangis manja ja. Pastu I dengar betul-betul memang macam Noah ni. Dan kuat sangat ok. Bayangkan I tutup pintu bilik. Dan I di dapur tapi masih boleh dengar dia nangis. Kuat tu. I lari masuk bilik tengok Hubs dok peluk dia & I knew at that point that Noah dah jatuh katil. :(

Sedih sangat rasa. Tapi I tak mampu nak cakap apa-apa. I rasa kalau orang lain, sekarung dah Hubs kena marah. I taktau perasaan I masa tu. I cuma fikir satu. I cuma doa Noah is ok. I tengok dia menangis tu sebenarnya I lega. I lega sebab dia tak pengsan or tak sedarkan diri. I checked for bruises ka luka ka benjol ka. Alhamdulillah takdak apa. I tak perasan lagi masa tu yang hidung and mulut dia berdarah. Lepas Hubs bagitau baru I perasan. Ya Allah..berderau darah I tengok. Tapi I ingat balik dari experience I masa Khalif jatuh katil, berdarah hidung or mulut means luka ja. Nothing major. But still kena tengok jugak luka tu. Kot-kot terbelah lebih ka then it's serious la. Kalau depa muntah or pengsan tu yang we should be worried. Satu lagi kalau ubun-ubun depa kembung. Itu maknanya ada pendarahan dalam otak. Nauzubillahminzalik. Mula I tak rasa we should bring him to see the doctor. Tapi Noah dok nangis tak henti. I pujuk-pujuk, dia ada juga terlelap. Tapi terjaga nangis-nangis. Hubs decided bawa ja jumpa Doctor. It was already 11.30pm at that time.

Usually kalau Hubs bagi Noah tidur, dia akan halang satu lagi side dengan bantal-bantal banyak. Tapi nak dijadikan cerita, masa tu Hubs tak sempat nak buat halangan lagi dia sendiri dah tertido. Noah pula pesyen tido tu nanti golek sana golek sini. Dia nanti bangun merangkak ka menerap ka pastu sambung tergolek tido belah sana pulak. Itu yang I syak berlaku. I tak berapa nak hamput Hubs sangat sebab I rasa ye la kot dia letih jugak. Ya lah kami sampai rumah selalu pun dah pukul berapa. Dapat pulak duduk atas katil. Memang mata mesti terpejam la. Ini pun jadi satu wake up call for me too. Supaya tak lalai. Memang sebelum-sebelum ni pun seboleh-boleh time jaga Noah I takkan tido. Takpa I bagi dia tido then baru I tido. So since then, Noah lelap ja terus kami angkat dia masuk baby cot dia. Sometimes dodoi dia terus dalam baby cot. Takut dah la benda ni. Noah pulak makin melasak sekarang. Seminit tak duduk diam. -_-"

Begitulah kisahnya....

No comments:

Post a Comment