Assalamualaikum..
Guyssss anak I dah besarrrr. Huuwaaa. Dah pandai turun sendiri dari ndoi! Huahuahua. Risau la mak hincikkk. Ndoi kan tepi-tepi tu ada besi..I takut la dia tersalah landing satgi pi sondoi besi tu pulak, dah jenuhhh.
Kejadian hari Sabtu lepas. Ayin ada kat rumah I. Sebelum makan lunch, I dah pi skodeng tengok Noah dok tidur dalam ndoi. I letak ndoi dia dalam bilik dia. 1 sebab hall I kecik ja. Kalau semua benda nak bubuh situ memang semak la. Sakit mata tengok. 2 sebab sunyi sikit dia tidur. Kalau kat hall tu bunyi tv lah motor lah bas lah. Sebab I buka tingkap. Kalau tutup tingkap, rimas pulak I. Walaupun rumah tingkat 25 tapi kalau bas ka motor ka lalu memang bunyi tu sakit gila telinga. Geram sangat sakit hati kalau bunyi kuat-kuat lalu tau. I pun terkejut ini kan pulak Noah yang tengah tidoq. #typicalmother
Panjang pulak cerita pasal pencemaran bunyi.
Habis makan, I pun tergerak hati nak skodeng Noah lagi. Alangkah terkejutnya rasa dihati bila tengok ndoi dia kosong. Ah sudah. Aku tak angkat dia pun.
Baik punya member dok main swing dia kat bawah dah. Haiyooo kering darah Ummi tengok. Hampir pengsan Ummi dibuatnya.
Boleh bayangkan tak dia turun macam mana? I tak boleh. Terer sungguh la budak ni. Kakak I kata dia jora. Hahah.
The next day I suruh Hubs bok keluar ndoi dia letak luar ja. Senang I monitor. Rupanya la ni Noah fesyen kalau dia bunyi tu kita lambat sikit pi tidurkan dia balik, memang dia meniarap terus dalam ndoi tu.
Nampak ni bukti? Anak ooo anak.
Pastu I tengok dia keluarkan tangan dia sebelah and dia lonjak-lonjak nak turun sendiri. Hari Isnin I hantar dia kat rumah Mak sat sebab Mama demam. Minggu ni actually turn Mama. Dekat rumah Mak pun sama ok. Mak pi skodeng tengok-tengok dok ada kat bawah ndoi dah dok renyeh kat Mak.
Alhamdulillah Noah active sangat. So I kira ni antara aktiviti ke-active-an dia. So I takmau merungut banyak. Instead I bersyukur. Maknanya sel-sel otak dia berhubung. Ngeeeee.
Satgi kalau dan, I cerita kat uols kejadian Isnin malam.
Nah belanja gigi Noah 2 batang.
Tata for now.
No comments:
Post a Comment